Friday, 9 October 2020

RESEPI STEAK DAGING

Makanan Eropah, atau kadang-kala Makanan Barat, merupakan istilah am yang merujuk kepada makanan Eropah dan dunia Barat yang lain. Makanan Eropah atau Barat termasuklah Eropah yang merangkumi (bergantung kepada takrifan) Russia, begitu juga makanan asli Amerika Utara, Australasia, Oceania, dan Amerika Latin, yang terbit dari pengaruh besar oleh penjajah atau peneroka Eropah ke kawasan itu. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Asia Timur untuk membezakan gaya memasak Asia. (Ini adalah perbandingan kepada masyarakat Barat yang memanggil makanan dari Asia Timur sebagai makanan Asia.) Apabila digunakan oleh orang Barat, istilah itu kadag kala dirujuk sebagai makanan kontinental atau lebih terperinci mengikut tempat makanan itu, seperti Makanan Perancis.

BAHAN BAHAN

  • 500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
  • 1 s/b kicap pekat
  • 1 s/k madu/gula
  • 1 s/b sos plum
  • Bahan kisar
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang
  • 1 inci halia


CARA PENYEDIAAN :

  • Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
  • Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
  • Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
  • Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
  • Angkat daging dan sediakan sos.


BAHAN SOS LADA HITAM

  • 1 s/b lada hitam
  • 2 s/b tepung jagung ]
  • 1 cawan air ] bancuhkan
  • 1 s/b sos tomato
  • 1 s/b kicap pekat
 

CARA-CARA

  • Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
  • Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
  • Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

 

SAYURAN 

  • Salad bulat[potong kecil]
  • tomato segar [potong baji/nipis]
  • kentang goreng [potato chips]
  • baked beans[ panaskan sikit]

No comments:

Post a Comment