Friday, 9 October 2020

SPAGETHI CABONARA

Makanan Eropah, atau kadang-kala Makanan Barat, merupakan istilah am yang merujuk kepada makanan Eropah dan dunia Barat yang lain. Makanan Eropah atau Barat termasuklah Eropah yang merangkumi (bergantung kepada takrifan) Russia, begitu juga makanan asli Amerika Utara, Australasia, Oceania, dan Amerika Latin, yang terbit dari pengaruh besar oleh penjajah atau peneroka Eropah ke kawasan itu. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Asia Timur untuk membezakan gaya memasak Asia. (Ini adalah perbandingan kepada masyarakat Barat yang memanggil makanan dari Asia Timur sebagai makanan Asia.) Apabila digunakan oleh orang Barat, istilah itu kadag kala dirujuk sebagai makanan kontinental atau lebih terperinci mengikut tempat makanan itu, seperti Makanan Perancis.

BAHAN BAHAN

  • 1 packet - spagethi
  • 1 tin besar - cream of mushroom (jenama campbells)
  • 1/2 bawang holland (chop)
  • Lada hitam (ditumbuk) - ikut citarasa anda
  • 3 batang sosej (dipotong kecil)
  • 1 potong dada ayam (dipotong dadu)
  • 1 cawan - air
  • 1 keping - cheese
  • 1/2 kotak - susu dutch lady full krim
  • Garam

 

LANGKAH PENYEDIAAN

  • Rebus satu packet spagethi sehingga lembut bersama sedikit garam dan toskan
  • Goreng kosong ayam ataupun sosej. Nak letak sosej saja pun boleh. Ikut citarasa masing masing
  • Kemudian angkat ayam/sosej, ketepikan dan tumis bawang yang telah dipotong (chop)
  • Tumis bawang sehingga naik bau dan masukkan ayam/sosej tadi, kacau rasa dan masukkan lada hitam yang telah di tumbuk.
  • Kacau seketika, dan masukkan satu tin "cream of mushroom" (slow api) dan masukkan satu cawan air. Kacau sebati, dan biarkan mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan 1-2 keping cheese (ikut citarasa) dan susu dutch lady full krim (1/4 kotak kecil)

No comments:

Post a Comment