Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli
dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama
menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang.
Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa
sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang
lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks.
Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna
kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa
penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek,
ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat
mereka berlindung dalam sarang dan lubang.
BAHAN BAHAN
- 1 Kg Udang Lipan & Mantis diperap dengan garam dan kunyit
- 3 biji cili kering
- 6 helai daun kari
- 1/2 sudu kecil jintan manis (yg belum dikisar)
- 3 biji bawang putih ditumbuk
- sedikit halia ditumbuk
- sedikit air asam jawa
PROSES PENYEDIAAN
- Goreng udang Lipan dan ketepikan kemudian Tumis cili kering dan ketepikan
- Tumis daun kari dan jintan manis. Apabila sudah garing, masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi selepas itu Masukkan udang dan gaul biar sebati.
- Kemudian masukkan air asam jawa dan sebatikannya. Masak sehingga air asam jawa menjadi pekat.
- Siap untuk dinikmati bersama nasi putih
No comments:
Post a Comment