Udang
lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia
bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang
menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30
sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm
(15 in) telah direkodkan di Hawai.Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup
hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan
terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata
terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di
kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang
difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka
berlindung dalam sarang dan lubang
BAHAN BAHAN
- 500 gram udang lipan
- Kobis bunga
- 1 batang karot
- 2 biji tomato - dipotong dadu
- 2 sudu makan paste tomyam
- 1/2 biji limau nipis - ambil jusnya
- 3 helai daun limau purut - dibuang batang tengahnya
- 2 batang serai - dititik
- 1 biji bawang besar - dipotong dadu
- 1 inci lengkuas - dihiris nipis
- 2 pokok daun sup - dicincang
- 2 mangkuk air
PROSES PENYEDIAAN
- Didihkan air dalam periuk. Masukkan bawang besar, serai dan lengkuas. Biarkan mendidih.
- Masukkan paste tomyam dan karot. Biarkan mendidih.
- Masukkan kobis bunga dan daun limau purut. Biarkan mendidih lagi sekali. (Kalau nak pedas bolehlah dimasukkan cili padi yang dititik sahaja)
- Masukkan garam, serbuk perasa dan jus limau nipis.
- Masukkan buah tomato dan daun sup. Kacau sebentar dan kuah mendidih.
- Tutup api. Baru masukkan udang. Kacau-kacau sebentar hingga kulit udang bertukar merah. (Kuah yang panas akan memasak udang tadi).
- Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment