Saturday, 3 October 2020

RESEPI UDANG LIPAN MASAK BALI

Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang

BAHAN BAHAN

  • 1 kilo udang lipan (lumur kunyit, garam dan goreng kejap)
  • 7-8 batang serai (ketuk)
  • 3labu bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Kicap manis/kicap lemak masin (Enaq)
  • Cili kisar (agak2 aje)
  • Gula
  • Garam
  • Daun kari

 

CARA PENYEDIAN

  • Panaskan minyak, tumis serai dan daun kari sampai layu sikit
  • Masukkan bawang blend dan tumis sampai kekuningan
  • Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
  • Tuang kicap , tumis lagi, baru masukkan udang lipan yang dah digoreng tadi...gaul sekata
  • Masukkan sedikit garam dan sedikit gula secukp rasa ..tabur lagi dengn daun kari ...siap

No comments:

Post a Comment