Udang
lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia
bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang
menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30
sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm
(15 in) telah direkodkan di Hawai.Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup
hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan
terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata
terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di
kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang
difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka
berlindung dalam sarang dan lubang
BAHAN BAHAN
- 500gm Udang Lipan saiz sederhana besar
- 5 ulas bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- garam dan gula secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan cili kisar, tumis seketika. Masukkan sos cili, sos tomato dan sotong. Kacau rata dan tutup periuk.
- Biarkan Udang mendidih lebih kurang 3 minit. Buka tutup periuk dan masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga kuah agak pekat sedikit dan tutup api. Sedia dihidang bersama nasi.
No comments:
Post a Comment