Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.
Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam
aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut
bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu
mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga
38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.Kulit luar karapas bagi udang lipan,
menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang
lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning
bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting
di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang
difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka
berlindung dalam sarang dan lubang
BAHAN BAHAN
- 500 gm udang lipan (bersihkan)
- 1 s/b kunyit
- 1 s/k garam
- Minyak
Bahan Sos –
- 5 ulas bawang merah (dimayang)
- 3 ulas bawang putih (dimayang)
- 1/2 cawan sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 2 biji cili merah (dipotong nipis)
- 1/2 cawan air.
- 1 biji tomato (belah 6)
- 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
- Garam dan gula secukup rasa
- Gaulkan udang lipan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Apabila sudah wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Masukkan juga cili potong dan gula.
- Setelah kuat pekat, masukkan udang lipan dan gaulkan rata.
- Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Hidangkan bersama nasi putih.
No comments:
Post a Comment