Monday, 2 April 2018

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM ASLI

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI AYAM ASLI:


Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.


RESEPI NASI AYAM ASLI

BAHAN UNTUK NASI
2 cawan beras
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum buah pelaga
2 ulas bawang putih dicincang
3 sb mentega
1 helai daun pandan
Garam (secukup rasa)

BAHAN UNTUK AYAM DAN SUP
500 g Ayam
2 sb kicap pekat
1 sb sos cili
1 sk minyak bijan
1 sb sos tiram
20 g lobak jeruk
1 inci halia dihiris memanjang
1 ulas bawang putih dihiris memanjang
Garam (secukup rasa)

BAHAN UNTUK SOS CILI
6 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sk minyak bijan
1 sk cuka
 2 sk gula
Garam (secukup rasa)

BAHAN UNTUK KICAP
Cili padi
Kicap manis cap kipas udang
Gula
Air rebusan ayam

PROSES PENYEDIAAN
Rebus ayam bersama sedikit garam, halia dan bawang putih hingga ayam masak dan empuk.

Keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.

Air rebusan selebihnya direnih lagi bersama lobak jeruk, hirisan halia, dan bawang putih untuk dihidang sebagai sup. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Seterusnya, campurkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Curah ke atas ayam dan gaul sebati.

Goreng ayam tanpa minyak hingga kering bersama sos. (Boleh juga jika mahu digoreng dengan minyak seperti biasa, tapi goreng sekejap sahaja secara touch n go)

Untuk nasinya, cairkan mentega dan tumis bawang putih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan daun pandan hingga wangi.

Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga rata. Tuang 2 cawan air rebusan ayam, garam dan sedikit pewarna kuning, jika suka.

Untuk sos cili, kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam dan air rebusan ayam.

Untuk kicap, tumbuk cili padi. Masukkan kicap, gula dan air rebusan ayam. Kacau sebati.

Hidangkan nasi bersama ayam, sos cili dan juga kicap.

BAHAN PERAP UTK AYAM MADU
3 sb madu
3 sb kicap
3 sb sos tiram

No comments:

Post a Comment