Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.
RESEPI NASI AYAM HIJAU
BAHAN BAHAN
2 ketul ayam (mana-mana bahagian yang disukai)
2 pokok daun sup
6 ulas bawang putih
1 sudu makan garam (atau secukup rasa)
6 sudu makan minyak zaitun
1.5 pot beras
Segenggam cili padi
Belacan secukup rasa
Jus dari 1 biji limau nipis
Gula secukup rasa
2 sudu makan kicap pekat
Hirisan tomato/timun/daun salad
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan daun sup (buang akarnya), 4 ulas bawang putih, minyak zaitun & garam secukup rasa ke dalam blender dan mesinkan hingga sebati, tetapi jangan terlalu halus. Jika perlu, masukkan sedikit air sekadar cukup untuk blender berfungsi. Bahagikan pes hijau ini kepada 3 bahagian.
Tanggalkan kulit ayam (jangan dibuang, kulit ayam akan diguna untuk memasak nasinya). Gunakan 1 bahagian pes hijau untuk dilumur pada ayam. Kemudian, grill kedua-dua ketul ayam yang telah diperap tadi. Boleh juga dimasukkan ke dalam pan (tanpa minyak) dan dimasak atas kepanasan sederhana sambil membalik-balikkan ayam sampai ayam masak luar dalam.
Untuk membuat nasinya, panaskan periuk nasi dan masukkan kulit ayam. Masak sehingga keluar minyaknya dan kulit ayam bewarna perang. Kemudian, masukkan 1.5 pot nasi, diikuti air (mengikut sukatan beras anda). Setelah nasi masak, gaulkan 1 bahagian pes hijau tadi ke dalam nasi dengan menggunakan garpu.
Untuk membuat sambalnya, tumbuk cili api, 2 ulas bawang putih, belacan, garam & gula. Setelah lumat, tambahkan jus limau nipis dan 1 sudu makan minyak zaitun. Kemudian, masakkan sambal atas api sederhana selama 5 minit.
Untuk menghidang, sendukkan nasi, atur sayur-sayuran dan sambal ke dalam pinggan, beserta ayam. Untuk setiap ketul ayam, sapukan baki pes hijau ke atasnya, beserta 1 sudu makan kicap pekat.
No comments:
Post a Comment