Friday, 10 May 2019

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI ARAB

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI ARAB:



Masakan Arab ditakrifkan sebagai pelbagai masakan serantau di Dunia Arab yang menjangkau dari Maghribi dan Tunisia ke Yaman dan Somalia, dan menggabungkan Levant, Mesir dan yang lain. Ia juga dipengaruhi ke suatu tahap oleh masakan Turki, Afghanistan, Iran, India, Barbar dan budaya-budaya lain rantau itu sebelum Arabisasi kebudayaan dibawa oleh orang Arab mengikut salasilah sewaktu penaklukan Arab Islam.


RESEPI NASI ARAB
BAHAN-BAHAN
5 kg – beras Basmathi Mogul Faiza —> dibasuh dan ditos
1 tin besar – minyak sapi
1 bungkus  – kulit kayu manis
1 bungkus – bunga lawang
1 bungkus – buah pelaga
10 biji – bawang besar –> hiris sederhana nipis
1 ikat – daun pudina —> dikoyak kasar
1 ikat – daun sup —> dikoyak kasar
15 biji – cili api —> boleh dilebihkan jika suka
1 mangkuk – hirisan halia
2 bungkus atau lebih – kismis
2 bungkus atau lebih – kacang gajus
garam secukup rasa
air secukupnya
saffron atau pewarna kuning


PROSES PENYEDIAAN
Cairkan minyak sapi dalam kuali kemudian tumis bawang besar, kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga bawang agak layu.

Masukkan beras basmathi dan goreng sekali ldengan bahan2 tumis lebih kurang 5 minit.

Pindahkan beras yg sudah ditumis sebentar kedalam periuk nasi yg lebih sesuai.

Masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras yg disyorkan.

Masukkan garam dan perasa tambahan jika suka ,gaul sebati kemudian baru taburkan sahaja bahan lain seperti halia,daun pudina,daun sup dan cili api dan jangan dikacau.

Masukkan juga kismis dan kacang gajus baru tutup tudung periuk.

Nasi dah tanak baru titikkan pewarna , gaul perlahan tetapi sebati apabila siap sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment