Friday, 10 May 2019

HIDUP BERDIKARI: SAGU GULA MELAKA

HIDUP BERDIKARI: SAGU GULA MELAKA:



Pokok sagu tergolong dalam tanaman dari famili Palmae yang mengeluarkan sulur. Pokok sagu banyak terdapat di Malaysia dan kawasan hutan hujan ASEAN.

Pokok sagu juga dikenali sebagai pokok Rumbia. Pokok sagu mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10–12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi. Pokok sagu juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau.

Pokok sagu mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6-8 meter panjang yang mula-mula tegak kemudian perlahan-lahan melengkung ke bawah.

Pokok sagu mengeluarkan jambak bunga yang menghasilkan banyak bunga jenis dwiseks dan kemudian akan mengeluarkan biji-biji sagu. Bunga adalah jenis ‘protandrous’ di mana bunga jantan akan menjadi matang dahulu daripada bunga betina. Ini bagi memastikan pendebungaan kacuk (cross pollination) akan berlaku. Musim berbunga akan mengambil masa dua tahun di mana selepas ini pokok rumbia akan mati.
SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN
1 cawan sagu
Seketul gula melaka / nise kerek
Santan/susu cair
Gula & garam secukup rasa
Pewarna makanan

CARA MEMASAK
Basuh dan rendam sagu guna 1 cawan air. Rendam 15 minit.

Didihkan 2 cawan air.

Masukkan sagu, garam secubit, pewarna makanana, kacau atas api perlahan. Kena sentiasa di kacau. Bila agak agak sagu dah tak banyak putih, n pekat, maksudnya dah masak le tu.

Tuang dalam bekas. Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam peti sejuk.

Masak gula melaka/nise, ikut kepekatan yg dikehendaki.

Masak santan atas api sampai mendidih. Buh gula putih sikit ja. Bagi rasa rasa manis. (kalau xnak guna santan, nnt masa makan curah susu cair)



Masuk semua benda ni dalam peti ais. Dah betul sejuk dingin, baru makan. Musim panas panas ni laju je makan sejuk sejuk.

No comments:

Post a Comment