Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.
Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darulnaim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar [perlu rujukan] di Malaysia.
Tarikh kewujudan serunding belum dapat dipastikan, namun perusahaan serunding di Kampung Laut telah dipelopori [perlu rujukan] oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serunding diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai.
RESEPI SERUNDING HALIA
BAHAN BAHAN
1kg halia dibersihkan dan di parut kasar
300g ikan bilis
Serbuk lada hitam
Garam
Minyak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Goreng halia hingga rangup dan ketepikan.
Goreng pula ikan bilis hingga rangup dan ketepikan.
Toskan minyak nya dan biarkan kedua2 nya sejuk.
Satukan kesemuanya dan gaul rata.
Siap dan simpan dlm botol kedap udara
No comments:
Post a Comment