Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
Tempe bermula dengan kacang soya mentah yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Asid lemah, biasanya cuka, ditambah dan ibu yang mengandungi kulat (Rhizopus oligosporus) dicampurkan bersama. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan menapai selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Damal tempe bermutu tinggi, kacang terlekat dengan jalinan miselium putih. Jika proses penapaian dibiarkan terlalu lama, spora hitam mungkin terbentuk di permukaan. Begitupun, ia tidak berbahaya. Tempe bermutu tinggi tidak mempunyai atau sedikit sahaja spora yang kelihatan. Bau ammonia lemah mungkin terdapat pada tempe yang baik ketika diperam, tetapi biasanya tidak memeningkan.
RESEPI SAMBAL TEMPE GORENG KERING
BAHAN-BAHAN:Sepeket tempe-dihiris halus
Segengam ikan bilis
5-6 biji cili kering
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 sudu makan asam jawa-dimasukkan sedikit air dan ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula
sedikit garam
PROSES PENYEDIAAN
Tempe yang dihiris halus, dimasukkan sedikit garam dan ditabur sedikit tepung. Gaul rata.
Panaskan minyak dan goreng garing. angkat Kemudian goreng garing ikan bilis. angkat
Blender cili kering dan bawang.
Guna sedikit minyak untuk tumis lada yg telah diblender. Masukkan air asam jawa dan gula. perlahankan api dan biar ia masak sehingga naik minyak.
Tambah sedikit garam. Apabila lada sudah betul2 kering dan masak, masukkan tempe dan ikan bilis. Kacau rata sebentar dan tutup api.
No comments:
Post a Comment