HIDUP BERDIKARI: RESEPI PENGAT PISANG:
BAHAN BAHAN
3 biji pisang tanduk
1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dalam 3 minit
Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu
BAHAN KUAH
1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar gula merah +1/2 cwn air, gaul rata dan tapiskan
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan- di simpulkan
CARA MASAK
Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus terlalu lama.
2Sementara itu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah direndamkan tadi. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.
Di dalam periuk yang lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah ditapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih.
Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan. Gaul sebati. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah.
Biarkan mendidih seketika. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment