HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM KABSAH:
Masakan Arab ditakrifkan sebagai pelbagai masakan serantau di Dunia Arab yang menjangkau dari Maghribi dan Tunisia ke Yaman dan Somalia, dan menggabungkan Levant, Mesir dan yang lain. Ia juga dipengaruhi ke suatu tahap oleh masakan Turki, Afghanistan, Iran, India, Barbar dan budaya-budaya lain rantau itu sebelum Arabisasi kebudayaan dibawa oleh orang Arab mengikut salasilah sewaktu
RESEPI AYAM KABSAH
. |
BAHAN-BAHAN 1 ekor ayam – potong 4 dan rebus hingga 3/4 masak 4 atau 5 sudu besar – *rempah kabsah 10 sudu besar – madu Secukupnya – garam yogurt – jika ada dan suka
CARA-CARA Rempahkan ayam yang telah direbus 3/4 masak Rempahkan dengan rempah kabsah , garam dan madu Perap dalam 30 minit atau lebih Goreng sehingga agak garing Ketuk dan potong ayam mengikut saiz yang diingini Siap dihidang dan makan bersama Nasi Arab
RESEPI SALAD SALATA HARA BAHAN-BAHAN Timun Tomato Lobak Merah Cuka Garam Dan Gula
PROSES MASAK 1. Timun , lobak dan tomato dibersihkan dan dipotong dadu 2.Gaulkan kesemuanya dengan cuka dan garam secukupnya
RESIPI SOS NASI ARAB BAHAN-BAHAN 20 batang – Cili Hijau 5 batang – Cili Api Merah 5 batang – Cili Api Hijau 5 biji – Tomato 4 batang – Daun Ketumbar 4 helai – Daun Pudina Secukupnya – Garam Dan Gula
CARA-CARA 1. Kisar semua bahan sehingga 3/4 hancur 2. Rasakan garam dan gulanya sekali
SUP NASI ARAB BAHAN-BAHAN Air secukupnya 2 sudu besar rempah kabsah Garam
CARA-CARA 1. Didihkan air secukupnya 2. Masukkan rempah kabsah dan garam 3. Siap untuk dimakan bersama nasi arab
RESEPI REMPAH KABSAH BAHAN-BAHAN Ketumbar Jintan Manis Jintan Putih Lada Hitam Buah Pelaga Cengkih Serbuk Cili / Paprika Serbuk Kunyit
CARA-CARA 1. Sangan atau goreng tanpa minyak kesemua bahan kecuali serbuk cili dan serbuk kunyit.
2. Siap sangan sejukkan sebentar baru campurkan serbuk kunyit dan serbuk cili secukupnya.
3. Kisar semua bahan sehingga separuh halus dan boleh disimpan didalam bekas yang sesuai. |
No comments:
Post a Comment