Friday, 10 May 2019

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM GORENG BIJAN

HIDUP BERDIKARI: RESEPI AYAM GORENG BIJAN:



Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.

RESEPI AYAM GORENG BIJAN

BAHAN BAHAN
4 ketul paha ayam
1 sudu kecil tepung jagung
3 keping biskut – tumbuk halus
1 sudu kecil bijan
2 sudu kecil sos tiram
2 sudu kecil kicap
1 cawan minyak masak
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Ayam dibuang tulang dan kulit kemudian dipotong kecil sebelum dibersihkan dan dituskan.

Gaulkan isi ayam dengan sos tiram, kicap, garam, gula dan serbuk lada sulah, kemudian perap selama dua jam.

Tepung jagung dicampur dengan biskut tumbuk dan bijan sebelum digaul hingga rata dengan ayam.

Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

No comments:

Post a Comment