Friday, 10 May 2019

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI HUJAN PANAS

HIDUP BERDIKARI: RESEPI NASI HUJAN PANAS:



Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.

RESEPI NASI HUJAN PANAS
BAHAN-BAHAN
3 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*
* hiris halus
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit kayu manis
sedikit buah gajus
sedikit kismis
3 cawan beras basmathi(cuci bersih)
1/2 cawan susu segar/ susu cair
4 cawan air (bergantung pada beras juga.. kalau beras jenis lembik..kurangkan air)
2 sudu besar orange sunquick (baca nota)
sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi di atas dapur...

Tumis bawang putih, bawang besar  dan halia.

Masukkan rempah rempah  tadi, bunga cengkih, bunga lawing,  buah pelaga dan kulit kayu manis

Bila dah garing,masukkan gajus  dan kismis .bubuh garam secukup rasa. Masukkan oren sunquick. Kemudian masukkan susu dan  air. Kacau rata.

Bila dah mendidih, masukkan beras. Angkat periuk nasi dan masak atas periuk elektrik seperti biasa... gaul2 tau beberapa min. sebab nak pastikan nasi masak sekata...

Bila dah hampir kering, titiskan pewarna kesukaan anda..

No comments:

Post a Comment