Makaroni /ˌmækəˈroʊni/ adalah sejenis pasta kering dalam bentuk tiub sempit,berasal dari Itali, dibuat daripada gandum durum, biasanya tanpa telur. Ia biasanya dipotong pendek; jika dipotong panjang dengan lengkung ia biasanya dipanggil makaroni siku.
Beberapa mesin rumah boleh membuat bentuk makaroni, tetapi, seperti kebanyakan pasta, makaroni biasanya dibuat secara komersil dengan penyemperitan skala besar. Bentuk melengkung disebabkan oleh kelajuan yang berbeza pada bahagian berlawanan tiub pasta apabila ia keluar daripada mesin. Di Amerika Utara, makaroni yang paling biasa didapati ialah bentuk siku
MAKARONI CHEESE
Setengah biji bwg besar (potong dadu)
2 biji bwg putih (tumbuk)
2 tbsp tomato puree
2 tbsp cili boh
sedikit daging cincang
2 tbsp susu segar
3 genggam macaroni
2 keping keju cheddar(parut)
sedikit olive oil utk menumis
sedikit garam dan ajinomoto
boleh la nak tmbah..udang ke..sayuran ke..ikut selera..
CARA-CARA MEMASAKNYA:
Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree
masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak
Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar
Bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto
No comments:
Post a Comment