Friday, 13 September 2019

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

BAHAN BAHAN
BAHAN A
1 sudu besar garam
7 biji bawang merah (bwg kecil)
5 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis
7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)

BAHAN B
5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
3 sudu besar minyak masak
Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe)
Bawang goreng (kalau takde, takpe)
5 sudu besar air masak.
Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi)

CARA CARA
1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat. Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jangan letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan-bahan tersebut, kira ok.


2.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana sahaja.

3.Bila dah naik bau, letak air sebanyak 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yang telah dipotong-potong tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk). Masak selama 1 minit lagi.

4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.



No comments:

Post a Comment