Friday, 13 September 2019

HOTTEOK ATAU KOREAN SWEET PANCAKE


BAHAN BAHAN
 Campuran Yis: 
1 sudu besar gula 
1 sdt yis 
¼ cawan air suam

RAMUAN PANCAKE :
1 cawan tepung serba guna
¾ cawan tepung pulut
1 sudu besar gula 
½ sudu teh garam 
½ cawan susu suam 
Minyak untuk menggoreng 

BAHAN-BAHAN INTI: 
1 cawan gula perang 
1 sdt serbuk kayu manis 
3 sudu besar walnut di cincang halus (atau apa2 kacang pilihan anda) 

PROSES PENYEDIAAN 
1. Dalam mangkuk kecil, larutkan ragi/yis dan gula dalam air suam. Biarkan selama 10 minit.

2. Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung, tepung pulut, garam dan gula. Kemudian tambah campuran yis dan susu suam. 

3. Gunakan sudip kayu untuk membentuk doh. Gaul selama dua minit di dalam mangkuk. Tutup dengan balutan plastik dan letakkan di tempat yang hangat sehingga saiznya dua kali ganda. 

4. Dalam mangkuk kecil, gabungkan gula, kayu manis dan kacang. 

5. Minyakkan tangan anda dan bentukkan adunan menjadi bola kecil dan isikan inti (rujuk kepada video). 

6. Panaskan minyak dalam kuali besar ke atas sederhana. Pastikan kuali panas sebelum anda menambah penkek. Tambah 1 atau 2 penkek ke kuali. Goreng pancake hingga coklat keemasan di kedua belah bahagian dan angkat. 

7. Tos kan minyak.. Siap di hidang kan!! Selain dari inti di atas, anda juga bole menukar kepada inti pedas, daging, jagung atau apa sahaja yg anda suka.

No comments:

Post a Comment