Friday, 13 September 2019

MI LIDI GORENG SIMPLE:SPAGHETTI:

BAHAN BAHAN
Sepaket mi lidi/batang 
semangkuk isi ayam saiz kecil (atau boleh pilih sotong @ ayam @ daging)
3 sb pes bwg merah + bwg putih
2 sb pes cili kering
Kobis -dipotong halus
Carrot - dipotong bulat 
Cili api - diketuk 
Tomato - sebiji , dibelah 4
Sekeping tahu putih -dibelah 9
Sebiji telur
kicap manis 
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Air
Minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan kuali. Tumis pes bawang merah+putih serta lada kering. Masukkan ayam. Jika kelihatan kering, masukkan sikit air.

Masukkan carrot, kobis dan tomato. Pecahkan telur. Biar seketika.

Kemudian gaul kan bahan2 tadi. Masukkan mi lidi yg telah direbus dan ditoskan.

Bubuh kicap, sos tiram, sos tomato, sos cili (kuantiti mengikut citarasa)

Masukkan potongan tahu putih yg telah digoreng awal.

Letak garam mengikut rasa.Gaul biar sebati.

Jika warna mi tak menyerlah, boleh lagi tambahkan kicap, atau sos (bergantung). Siap.

Sedia dihidang bersama keropok goreng.

No comments:

Post a Comment