Tuesday, 10 November 2020

KEPAH MASAK ASAM

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan laut yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun, Thailand.

BAHAN BAHAN

  • 2 kilo kepah segar
  • 2 batang serai
  • 1 bunga kantan- dibelah dua
  • Asam jawa secukup rasa atau asam keping
  • Segenggam daun kesum/ 1 ikat
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR

  • 10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 3 cm belacan

 

PROSES MASAK

  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
  • Seterusnya daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan terus masukkan semua kepah .
  • Masukkan garam dan gula kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Bila dah hampir masak kepah akakn keluarkan air dan akan cengkerangnya terbuka .
  • siap dan makan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment