Tuesday, 10 November 2020

KEPAH MASAK KAM HEONG

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan laut yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun, Thailand.

BAHAN BAHAN

  • 1/2 kg Lala
  • 1 sudu besar udang kering ( cincang )
  • 1 sudu kecil bawang putih ( cincang )
  • 1 sudu kecil bawang merah ( cincang )
  • 6 tangkai cili kering ( potong halus )
  • Beberapa tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes
  • 1 biji bawang besar ( potong besar )
  • 1 sudu besar kicap
 

PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak
  • Masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. Goreng sampai naik wangi.
  • Kemudian masukkan daun kari dan cili kering.
  • Masukkan pes kari ikan tadi. Goreng sampai wangi.
  • Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kehendak anda.
  • Masukkan lala dan bawang besar tadi.
  • Goreng sehingga anda rasa lala masak.
  • Masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.

No comments:

Post a Comment