Siput buluh atau pepahat juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.
BAHAN BAHAN
- 500 gram pepahat
- 3 sudu besar - cili paste
- 1 biji - bawang besar
- 2 biji - bawang kecil (ditumbuk)
- 3 ulas - bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu kecil - perasa
- Sedikit - garam
- 1 sudu besar - gula / gula merah
- 1 sudu besar - sos tiram
- 1 sudu besar - tepung jagung (cornstarch)
- 1 batang - cili besar merah / hijau (dipotong hiris)
- Sedikit - jus asam jawa
- Sedikit - air (jika perlu)
PROSES PENYEDIAAN
- Bersihkan pepahat sebab ada pasir kat badan dia
- Sekarang masak sambal, panaskan minyak, masukkan bawang² yang telah ditumbuk, tumis sampai naik bau, masukkan cili paste, sos tiram, bawang besar, cili besar, gaul sampai wangi, masukkan jus asam jawa, serbuk stok ayam, garam dan gula untuk perasa. (Stok ayam boleh diganti stok ikan bilis lagi sedap)
- Lepas tu, tuangkan pepahat dalam kuali semula bergaul dengan sambal, kacau rata dan masak sekejap. Hiaskan dengan daun sup, siap dihidang. Sedap makan dengan nasi panas². Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment