Kekapis atau juga dikenali sebagai kapis, ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan. Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Racun, bakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut.
BAHAN-BAHAN
500gm kg kekapis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut, dicarik
kasar
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
daun ketumbar, hiris kasar
BAHAN KISAR
4 biji cili merah
4-5 biji cili padi
1/2 inci halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MASAK
Basuh kekapis dan rendam seketika
untuk keluarkan sisa kotor. Bilas dengan air dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan
kisar halus sehingga wangi.Masukkan serai, sos tiram, sos ikan dan air asam
jawa.
Masukkan kekapis dan limau purut, kacau bersama baham tumis
dengan sekata. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan perasakan dengan garam
dan gula secukup rasa.
Angkat dan taburkan daun ketumbar
No comments:
Post a Comment