Kima
(Tridacna spp.)) adalah sejenis moluska dwicangkerang gergasi yang banyak
terdapat di pinggir laut. Kima adalah sejenis haiwan bercengkerang
(kerang-kerangan) yang boleh dimakan tetapi, tidak seenak kerangan yang lain. Terdapat
sekurang-kurangnya 10 spesies kima. Tridacna
gigas (Kima Gergasi} yang mampu membesar sehingga 1.4 meter panjang dan
mencapai berat 230 kilogram. Pada masa kini kimasukar ditemui di negara Asia
Tenggara berikutan penangkapan secara berleluasa oleh nelayan asing dan
tempatan. Ini kerana kerana dagingnya boleh dimakan dan cengkerangnya pula
banyak digunakan dalam pembuatan barangan kraf tangan.
BAHAN-BAHAN
- 1 Isi Kg Kima
- Bawang Merah 6biji
- Bawang Putih 5biji,
- Halia 1inci
- Kunyit 2inci(Serbuk Kunyit Pun Bleh)
- 2 Batang Serai
- 2helai Daun Limau Purut
- Sedikit Asam Jawa
- Garam,Gula Dan Cukup Rasa..Ikut Kesesuaian Masing2
- 1 Biji Bawang Besar
- 3 Cili Besar.
PROSES PENYEDIAAN
- Sediakan kima yg da siap potong
- Tumis kesemua bahan2 tumis tadi
- Bila dah naik bau,blehlah masukkn kima..dan bahan2 penambah rasa
- Bila kima dah masak,,barulah masukkan bawang besar dan cili besar
- Selesai..blehlah dihidangkan
No comments:
Post a Comment