Wednesday, 11 November 2020

PEPAHAT @ SIPUT BULUH MASAK MASAM MANIS PECAH TELUR

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN-BAHAN

  • 500gm pepahat
  • Bawang Putih 3 ulas
  • Bawang Merah 1 biji
  • Telur 1 biji
  • Sos Tiram 2 sudu besar
  • Sos cili/tomato 2 sudu besar
  • Cili giling /cili boh 4 sudu besar
  • Serai 2 batang
  • Air ¼ cawan
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar gula
  • Garam

 

CARA PENYEDIAAN

  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah.  Titik serai
  • Tumis bawang putih dan bawang merah dan serai hingga naik wangi
  • Masukkan Cili giling/cili Boh dan tumis(api perlahan) sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram dan sos cili/tomato
  • Masukkan serbuk perasa, garam dan gula. Masukkan sedikit air
  • Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau rata.  Biarkan mendidih
  • Masukkan pepahat dan kacau biar sebati. Dalam 20 minit masak

No comments:

Post a Comment