Monday, 9 November 2020

KEPAH MASAK HALIA

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan laut yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun, Thailand.

BAHAN BAHAN

  • 1kg Kepah
  • 4 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat atau separa
  • 10 biji cili padi merah + hijau - dipotong memanjang
  • 3 inchi halia - dipotong halus memanjang
  • 1 biji cili besar merah - dipotong serong
  • Daun ketumbar - dibuat hiasan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak
  • 2 sudu sos tiram

 

CARA MENYEDIAKAN

  • Masak lala tanpa menggunakan minyak..tutup kuali dan biakan seketika sehingga lala masak..Masukkan lala di mangkuk dan asingkan airnya dimangkuk yang lain.
  • Masukkan sedikit minyak,tumis bawang putih,bawang merah,halia dan cili padi sehingga naik bau..
  • Masukkan cili besar merah,sos tiram dan sedikit garam..kacau rata..
  • Curahkan air lala..gaul dan rasa tahap masin..jika kurang,tambah sedikit garam.
  • Masukkan lala..gaul sekata..jangan lupa masukkan daun ketumbar sebelum api ditutup..

No comments:

Post a Comment