Tuesday 10 November 2020

SIPUT BULUH @PEPAHAT MASAK CILI

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN BAHAN

  • 500gm Siput Buluh @ Pepahat
  • 3 ulas Bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas Bawang putih - ditumbuk
  • Belacan - ditumbuk bersama bawang
  • Cili kering yg telah dikisar 
  • Halia - diketuk
  • 2 Batang Serai - dititik
  • 1 labu Bawang Holland - belah  ikut saiz besar bawang 
  • Daun limau purut
  • Garam
  • Gula
  • Sos tiram
  • Air sedikit

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Tumiskan bahan yg telah ditumbuk,masuk kan serai dan halia.
  • Masukkan cili kering mengikut pedas korang.
  • Masukkan air sedikit andai kata nak berkuah.pepahat akan mengeluarkan air sendiri
  • Masukkan garam,gula dan sos tiram mengikut selra anda masing masing
  • Mendidih je masukkan siput buluh @ pepahat tadi

No comments:

Post a Comment