Sunday 8 November 2020

TIRAM MASAK HALIA

Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang (kerang-kerangan) dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi. Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Ingsang menapis plankton daipada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.

BAHAN-BAHAN

  • 300 gram isi tiram yang telah bersihkan
  • Halia dalam hujung ibu jari
  • 2 Serai sebatang
  • 2 ulas  merah besar
  • 2 ulas  Bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sos Tiram satu sudu kecil

 

CARA MEMASAKNYA

  • Panaskan kuali dan letak minyak sikit . Bila minyak dah panas,  Masukkan bawang merah besar , bawang putih , halia , sos tiram dan serai dalam kuali  dan naik bau .
  • Lepastu masukkan gula secukup rasa dan terus masukkan isi tiram dan masukkan air sikit.
  • Tutup dengan penutup untuk 5 minit lepastu masukkan garam secukup rasa . Kacau
  • Siap dan hidangkan

No comments:

Post a Comment