Tuesday 10 November 2020

PEPAHAT @ SIPUT BULUH MASAK KARI KERING

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN BAHAN

  • 500 kg Pepahat dan dibersihkan kulit
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan sedikit gula

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
  • Tumis daun kari bersama bahan bahan kisar hingga kering.Masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan pepahat dan sedikit air.
  • Kacau rata2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga masak.

No comments:

Post a Comment