Saturday, 14 November 2020

KETAM MASAK SUP

Ketam adalah Shalika decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "watak senget" dan amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = senget), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu makanan eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m

BAHAN-BAHAN

  • Ketam (dibersihkan)
  • 1/2 inci halia (dikisar/diketuk)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1/2 bawang besar (dihiris)
  • Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.
  • Kemudian masukkan air biarkan meNdidih seketika.Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.
  • Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).
  • Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.
  • Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goring jika berkenaan

No comments:

Post a Comment