Sunday 8 November 2020

IKAN PARI MASAK LEMAK CILI API

Ikan Pari atau nama saintifiknya Gymura spp./Dasyatis spp. adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia.Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram ikan pari yang telah dipotong kecil
  • ½ biji kelapa
  • 10 biji cili api
  • 2 batang serai 2 keping asam gelugur
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Ikan dibersihkan dan dipotong ikut suka. Cili api, bawang merah dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat. Kelapa diperah ambil santannya. Serai dititik-titikkan.
  • Masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat tadi ke dalam periuk bersama santandan serai jerangkan di atas api kemudian masukkan asam gelugur. Biarkan hingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan ikan kemudian tambah garam serta serbuk perasa secukupnya. Biarkan sehingga kuahnya pekat. Setelah ikan masak bolehlah diangkat.
  • Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air. siap


No comments:

Post a Comment