Sunday 8 November 2020

TELUR BELANGKAS MASAK LEMAK

 Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

BAHAN-BAHAN

  • Telur Belangkas dari  1 ekor belangkas saiz dalam 500 gram
  • 20 biji cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (dititik)
  • sedikit asam keping/ air asam jawa
  • 100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh)


PROSES PENYEDIAAN

Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur. Titik kan serai

Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga Telur Belangkas. Jangan lupa masukkan asam keping.Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa

Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, biar sehingga telur masak. boleh lah tutup kan api dan makan bersama nasi panas.

No comments:

Post a Comment