Sunday 8 November 2020

TIRAM MASAK TUMIS SAMBAL

Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang (kerang-kerangan) dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi. Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Ingsang menapis plankton daipada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.

BAHAN-BAHAN

  • 1 Cawan isi tiram
  • 2 Biji bawang merah di mayan
  • 2Sudu cili boh
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  •  

CARA MEMASAKNYA

  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang yang telah di mayan tadi hingga naik bau.
  • Masukkan cili boh, masak hingga pecah minyak. Kemudian Masukkan tiram dan kacau rata dan perasakan dengan Garam dan gula secukup rasa.
  • Apabila sebati, masak, angkat dan hidangkan bersama nasi




No comments:

Post a Comment