Wednesday 11 November 2020

PEPAHAT @ SIPUT BULUH MASAK PETAI

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN-BAHAN KISAR

  • 200 – 300 gram Siput Buluh/Pepahat
  •  Cili Kering 10 Tangkai
  • Bawang Besar 1 Biji
  •  Kunyit Hidup 3 Inci (Byk lg sedap)
  •  Lengkuas 1 Inci
  •  Halia 1 Inci
  • Belacan 1 Inci
  • Jintan Putih 1 Sudu
 

LAIN LAIN BAHAN

  • Sos Tomato 2 Sudu
  • Sos Cili 2 Sudu
  • Sos Tiram 2 Sudu
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN

  • Tumis bahan bahan blender sampai pecah minyak,
  • Masukkan bahan bahan  sos2, siput buluh  dan  petai..
  • tutup sekejap,masak sehingga kering.siap

No comments:

Post a Comment