Tuesday, 10 November 2020

KEPAH MASAK PETAI TAUCU

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan laut yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun, Thailand.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg kepah, dibersihkan
  • 4 papan petai, ambik isinya
  • 2 sudu tauchu
  • 1 biji bawang besar, hiris berangkai
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN KISAR

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
 

PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak. Guna api kecil dan kacau sekali sekala.
  • Masukkan pes asam jawa dan tauchu dan kacau rata. Tambah isi petai dan sedikit air. Masak hingga petai lembut.
  • Masukkan kepah dan bawang besar. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (atau kalau anda suka manis, boleh tambah sedikit lagi).
  • Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...


No comments:

Post a Comment