Tuesday, 10 November 2020

SAMBAL PEPAHAT @ SIPUT BULUH

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN BAHAN

  • 1 kg pepahat  ~ Bersihkan kulit
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar
  • 2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar.
  • 3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar.
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris.
  • 1 cm belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang.
  • 1 sudu besar air asam jawa.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak untuk menumis dan sedikit air.

 

CARA PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
  • Masukkan pepahat, hirisan bawang besar dan air asam jawa dan gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
  • Apabila pepahat sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment