Wednesday 11 November 2020

PEPAHAT @ SIPUT BULUH MASAK HALIA

Siput buluh atau pepahat  juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

BAHAN-BAHAN

  • 400g pepahat dibersihkan
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah dimayang halus
  • 2 inci halia dimayang halus
  • 1 camb sos tiram
  • Garam & serbuk perisa

 

CARA PENYEDIAAN

  • Tumis bawang merah, bawang putih & halia hingga wangi. Masukkan pepahat & kacau rata. 
  • Masukkan sos tiram. Sesuaikan rasa dgn garam & serbuk perisa. 
  • Sedia utk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment