Monday, 9 November 2020

KEPAH MASAK LEMAK

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan laut yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun, Thailand.

BAHAN BAHAN

  • 1 kg kepah
  • *3 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *18 biji cili padi (pedas ikut sukalah eh)
  • *1/2 inci halia
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 kpg asam gelugor
  • garam n perasa
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 3 cwn air

 

CARA MENYEDIAKAN

  • Tumbuk bahan bertanda * 
  • Masukkan bahan yg telah di tumbuk, air, serai n lala dlm periuk, reneh hingga mendidih.. Masukkan asam keping..
  • Bila kepah hampir masak masukkan santan biar mendidih... pastikan jangan sampai pecah santa.
  • Masukkan garam dan perasa kalau suka.

No comments:

Post a Comment