Wednesday, 29 September 2021

TELUR SOTONG MASAK KARI

Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong.

Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden.

BAHAN BAHAN

  • 500 gram telur sotong (rebus dulu untuk elak telur hancur)
  • 300 ml santan
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit halba campur
  • 1 sdm cili giling
  • 1 paket rempah kari Baba's
  • keping Asam
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk perasa
  • Daun kari
  • Rempah tumis 4 beradik

 

PROSES  PENYEDIAAN

  1. Tumis bahan rempah yang dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau hingga garing.
  2. Bila dah garing rempah dan naik bau, boleh masukkan telur sotong yang direbus dahulu dan matikan rempah seketika bersama telur sotong.
  3. Boleh dilihat pada tekstur telur sotong, bila dah nampak sebati rempah masukkan santan. Kacau-kacau perlahan. Masukkan garam, asam keping dan perasa.
  4. Biarkan didih hingga santan betul-betul masak dan pekat. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment