Monday, 27 September 2021

SOTONG SUMBAT PERCIK

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.

Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.  

BAHAN BAHAN

  • 1 kg sotong
  • 1 biji lobak merah
  • 2 biji kentang - saiz besar
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam
  • 1 keping gula melaka
  • 3 sudu besar gula putih
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit garam

 

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 30 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit

 

 PROSES PENYEDIAAN:

  1. Rebus Kentang Sampai Lembut (Lenyek Jika Sudah Lembut)
  2. Lobak Merah Dipotong Dadu Dan Digaul Bersama Kentang Yang Telah Dilenyek.
  3. Sumbat Dalam Sotong Dan Ketepikan.
  4. Panaskan Minyak Dan Tumiskan Bahan Yang Dikisar Sehingga Wangi.
  5. Masukkan Santan, Serai, Asam Keping, Gula Merah, Gula Putih, Garam Dan Kacau Sehingga Sebati.
  6. Masak Sampai Kuah Pekat.
  7. Masukkan Sotong Dan Kacau Sehingga Sebati
  8. Masak Lebih Kurang Dalam 10 Minit Atau Sampai Sotong Masak.
  9. Siap Untuk Dihidangkan.


No comments:

Post a Comment