Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.
Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.
BAHAN BAHAN
- Sotong bersaiz besar
- Isi udang
- Telur
BAHAN SOS:
- Cili padi/cili hijau
- Gula
- Garam
- Cuka makanan
- Bawang putih
- Bawang merah
BAHAN KISAR UNTUK INTI:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
PROSES PENYEDIAAN:
- Hancurkan isi udang yang digaul dengan telur bersama-sama bahan kisar. Kemudian, sumbat ke dalam sotong. Anda perlu menggunakan lidi untuk menyucuk bahagian badan sotong dan kepala agar isinya tidak terkeluar.
- Langkah seterusnya, bakar sotong sumbat udang di atas api sederhana. Apabila sotong sudah masak, kelar sedikit sotong berkenaan, tapi jangan sampai putus.
- Cara membuat sos pula adalah dengan mengisar kesemua bahan sos tadi. Goreng seketika atas kuali dan biarkan gula cair.
- Akhir sekali, tuangkan sos ke atas sotong sumbat dan hidangan ini siap untuk dinikmati. Selamat menjamu selera!
No comments:
Post a Comment