Monday, 27 September 2021

RESEPI SOTONG SUMBAT MASAK SAMBAL

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.

Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.  

BAHAN INTI SUMBAT

  • 2 biji telur ayam
  • carrot (dicincang)
  • sosej (dicincang)
  • secubit garam
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu besar mayonis

 

CARA-CARA MEMBUATNYA

  •  campurkan semua bahan dan goreng hancur

 

BAHAN SAMBAL

  • 3 – 5 Ekor Sotong – ikut Saiz
  • 2 Ulas Bawang Merah, 2 Ulas Bawang Putih (Ditumbok / Dihiris)
  • 3 Sudu Besar Cili Kisar
  • 1 Sudu Rempah Kari
  • 1 Biji Bawang Merah (Dipotong Bulat2)
  • 2 Sudu Sos Cili
  • Minyak Untuk Menumis
  • 3 Batang Pencongkel Gigi/Lidi
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • Garam & Gula Secukup Rasa

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Sotong Tadi Disumbat Dengan Telur Yang Telah Dimasak Dan Ditutup Semula Dengan Kepala Sotong Dan Dicucuk Dengan Pencongkel Gigi / Lidi
  2. Kemudian Tumiskan Bawang Yang Telah Ditumbok Tadi Sehingga Naik Bau
  3. Masukan Cili Kisar Dan Biarkan Sehingga Pecah Minyak
  4. Masukan Serbuk Kari Dan Sos Cili
  5. Kemudian Masukan Sotong Yang Telah Disumbat Dengan Telur Dan Biar Sampai Mendidih
  6. Masukan Gula, Garam Dan Air Asam Jawa Sesedap Rasa
  7. Masukan Bawang Besar Yang Telah Dipotong Bulat2
  8. Bila Dah Masak Boleh La Hidangkan

 


No comments:

Post a Comment