Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.
Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.
BAHAN BAHAN
- 6 ekor sotong
- 4 ekor ikan mambung – direbus & ambil isinya
- 2 Ulas bawang putih
- 5 Ulas bawang merah
- 3 batang Serai
- 10 biji cili padi merah dan hijau
- 1 Inci kunyit hidup 1 inci
- 1 Keping Asam keping
- 4 Helai daun kunyit
- 1 mangkuk pati santan
- Garam
- Gula
PROSES
PENYEDIAAN
- Basuh sotong, selawat dan toskan airnya.
- 4 ekor ikan mambung direbus 5 minit dan ambil isinya sahaja. Tumbuk bersama bawang merah dan bawang putih.
- Isi ikan yang telah ditumbuk tadi digaul bersama dengan sedikit garam.
- Sumbat isi ikan ke dalam sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi supaya isinya tak keluar.
- Panaskan peiruk, masak sotong selama 10 minit dan tambahkan sedikit air. Masukkan gula dan garam secukup rasa, asam keping serta masukkan santan.
- Kacau pada api yang perlahan. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang diracik halus. Masak seketika dan sedia untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment