Monday, 27 September 2021

RESEPI SOTONG SUMBAT BEREMPAH

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.

Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda. 

BAHAN BAHAN

  • 10 ekor sotong - saiz sederhana.
  • 10 tangkai cili kering - dikisar.
  • 3 biji bawang merah - dikisar.
  • 3 ulas bawang putih - dikisar.
  • 1 cm belacan - dikisar.
  • 2 sudu serbuk kari ayam atau daging.
  • 1 biji bawang merah - dipotong dadu.
  • 3 biji telur + 1 sudu sos tiram.
  • Minyak masak + Air + Garam + Gula.

 

PROSES  PENYEDIAAN

  1. Setelah siap penyediaan bahan-bahan di atas, kini cara-caranya pula.
  2. Bersihkan sotong dan rebus seketika. Tos dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak, masukkan telur, sos tiram dan garam. Goreng hingga jadi telur hancur (scramble egg).
  4. Sumbatkan telur hancur ke dalam badan sotong yang telah direbus tadi.
  5. Kemudian, sematkan kepala sotong kepada badannya dengan lidi koktel (disumbat saja kepalanya tanpa guna lidi pun boleh)
  6. Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serbuk kari sehingga garing.
  7. Kemudian tambahkan air mengikut citarasa anda sama ada nak kuah yang cair atau pekat.
  8. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda. Kacau seketika.
  9. Masukkan sotong yang telah disumbat tadi dan bawang yang dihiris dadu.
  10. Balik-balikkan sotong dan tunggu bawang layu.
  11. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.


No comments:

Post a Comment