Monday, 27 September 2021

SOTONG SUMBAT KARI

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.

Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.  

BAHAN BAHAN

  • Sotong ikutlah banyak mana nak masak dan pastilah kena bersihkannya
  • Dua biji telur ( ikut juga bilangan sotong tu kalau sikit cukuplah sebiji telur sahaja )
  • Serbuk rempah kari Makanan Laut Mak Siti
  • Santan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Ubi kentang di belah empat
  • garam secukup rasa

 

PROSES  PENYEDIAAN

  1. Dadarkan telur dan hiris nipis-nipis.
  2. Sumbatkan ke dalam sotong ketat-ketat dan asingkan kepala sotong dari badannya.
  3. Sediakan bahan masak kari seperti biasa. Tumbuk atau blend bawang merah dan bawang putih.
  4. Bancuhkan sepeket Serbuk Rempah Kari dengan sedikit air asam jawa.
  5. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari sehingga naik baunya.
  6. Tumiskan bawang yang di tumbuk dan masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak.
  7. Masukkan kentang dan gorengkan seketika biar sebati dengan adunan rempah tadi.
  8. Masukkan santan dan kacau selalu sehingga mendidih, baharulah masukkan sotong agar tidak kecut bila terlalu lama di masak. Masukkan dengan kepala sotong sekali jangan lupa pula
  9. Bila dah mendidih kali kedua rasakan dengan garam secukupnya dan siaplah hidangan kari sotong 


No comments:

Post a Comment