Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Ini merupakan resepi asal sotong sumbat yang biasa kita dengar.
Pada masa kini sotong sumbat telah dibuat pelbagai variasi mengikut citarasa seperti sotong sumbat kentang, sotong sumbat udang, sotong sumbat telur dan pelbagai lagi menu sotong sumbat lain mengikut citarasa masing- masing.Disini saya kongsikan pelbagai resepi sotong sumbat untuk anda.
BAHAN BAHAN
- 10 ekor sotong
- 4 biji telur
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 2 biji bawang Holland (ditumbuk halus)
- 2 pokok daun ketumbar – dihiris halus
- 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
- Garam
- Kunyit
- Lada hitam
BAHAN PENYEDIAAN
SAMBAL KICAP:
- Seulas bawang putih
- 8-10 tangkai cili padi (dihiris)
- Kicap manis secukupnya
- Satu cawan air suam
PROSES PENYEDIAAN
- Bersihkan sotong dengan membuang isi perutnya lalu perapkan sotong dengan garam, kunyit dan lada hitam secukupnya.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam, bawang putih, bawang Holland, hirisan daun ketumbar dan lobak merah ke dalam mangkuk berisi telur. Kacau sebati.
- Dalam masa yang sama, panaskan sedikit minyak di atas api yang sederhana. Kemudian, masukkan campuran telur tadi dan kacau sehingga telur masak.
- Apabila telur telah masak, sumbatkan telur ke dalam sotong yang telah diperap sehingga penuh dan cantumkan kepala sotong dengan lidi.
- Akhir sekali, bakarkan sotong di atas pemanggang ajaib sehingga sotong cukup masak.
- Untuk penyediaan sambal kicap, tumbuk kasar bawang putih dan cili padi yang telah dihiris. Kemudian maskkan ke dalam mangkuk, dan tuang kicap manis sehingga menutup bahan yang ditumbuk tadi. Seterusnya, masukkan satu cawan air suam dan gula dan kacau sehingga sebati.
- Sotong sumbat telur dengan sambal kicap power anda kini telah sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment