Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong. Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden.
BAHAN
BAHAN
- 400 - 500 grm telur sotong.
- kacang bendi.secukupnya
- 2 biji tomato di belah empat.
BAHAN
UNTUK DITUMIS :
- 2 tangkai daun kari.
- 3 ulas bawang putih ditumis.
- 1 ulas bawang besar dihiris bulat.
- 1 keping asam gelugur (ikut suka).
- 1 biji bunga lawang.
- 1 biji buah pelaga.
- 3 biji bunga cengkih.
- 1 batang kayu manis.
- 1 paket kecil rempah daging.
- 5 cawan air (ikut suka).
- garam secukup rasa.
PROSES
PENYEDIAAN
- Panaskan kuali masukkan 5 sudu minyak.
- Masukkan rempah buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.
- Dah wangi masukkan bawang putih yang telah ditumbuk lumat.
- Tumis hingga kekuningan.
- Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air.
- Jangan biar kering takut hangus pulak nanti.
- Kacau.
- Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
- Kacau lagi sehingga air kering.
- Masukkan pula 5 cawan air.
- Mendidih masukkan asam gelugur,kacang bendi dan tomato.
- Lebih kurang 3 minit
- Masukkan pula telur sotong.
- Tutup kuali dengan tudung kuali atau tudung periuk.
- Biar selama 3 minit dan tutup api.
- Siap dihidangkan.
No comments:
Post a Comment