Tuesday, 28 September 2021

RESEPI TELUR SOTONG MASAK LEMAK CILI API

Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong. Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden.

BAHAN BAHAN

  • Telur  sotong
  • 5-6 biji cili padi
  • 2 batang serai ( 1 batang dikisar dan satu batang lagi dibelah dua)
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit ( kalau ganti dengan kunyit hidup lagi sedap)
  • 1/2 cawan santan

 

PROSES  PENYEDIAAN

  1. Blender halus, sebatang serai, bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga hancur.
  2. Kemudian panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi serta masukkan juga kunyit serbuk, setelah bahan kisar naik bau, masukkan sebatang lagi serai yang telah dititik atau dibelah dua.
  3. Selepas itu masukkan santan dan kacau selalu hingga mendidih,
  4. akhir sekali masukkan telur csotong dan biarkan empuk, masak hingga kuah pekat dan pecah minyak. sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula.
  5. Sedia Untuk dihidangkan, selamat mencuba.

 

No comments:

Post a Comment